SELAMAT DATANG KE BLOG KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN,KUMPULAN MATAHARI

Isnin, 10 Mac 2014

"NILAI"




Dari segi istilah, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1081), perkataan 'nilai' merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. Dalam bidang sains sosial, nilai (value) boleh didefinisikan dalam tiga konteks utama, iaitu sebagai sifat (attribute) bagi menyatakan kepentingan atau manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar harga atau markah sesuatu objek berbentuk kuantiti, dan sebagai ukuran atau piawai kepada sesuatu kelakuan manusia. Kedua- dua definisi yang diberikan adalah kerap digunakan dalam pertuturan seharian bagi menilai sesuatu objek atau perkara tertentu.


Sumber : Mohd Rashid Md Idris (2011). Nilai Melayu dalam Pantun.
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris: Tanjong Malim, Perak