Kasut Kelopak Jantung
GHAZALI LATEH
(CERPEN TINGKATAN 1)
SINOPSIS
Cerpen
‘Kasut Kelopak Jantung’ mengisahkan tentang ketegasan seorang guru, iaitu Cikgu
Harun dalam usaha mendisiplinkan para pelajarnya. Kisahnya bermula apabila
Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan hadiah ketika balik dari surau pada malam
itu. Hadiah seperti itu sudah sering diterimanya menjelang 16 Mei. Hadiah itu
sebenarnya telah membuatkan Cikgu Harun mengimbas kembali kenangannya bergelar
pendidik di kawasan pedalaman tiga puluh tahun yang lalu. Ketika Cikgu Harun
mengajar di kelas darjah tiga, beliau pernah menanyakan Ahmad sama ada beliau
sudah membeli kasut sekolah atau belum. Pertanyaan yang sama juga diulangi
saban minggu. Ahmad bukan sengaja tidak mahu membeli, namun dia sebenarnya
tidak mampu untuk membeli sepasang kasut. Cikgu Harun yang tidak memahami
keadaan Ahmad terus-menerus mendesak Ahmad. Sikap Ahmad yang pada fikiran Cikgu
Harun sengaja tidak mahu membeli kasut telah menimbulkan kemarahan sehinggakan
masuk minggu ketiga persekolahan pun Ahmad masih belum membelinya.
Pada suatu hari, ketika aktiviti
senaman dijalankan, Ahmad didenda memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak
jantung pisang kerana Ahmad tidak berpakaian lengkap seperti murid-murid lain.
Peristiwa itu telah menyebabkan Ahmad berasa malu dan terus ponteng sekolah
hampir seminggu lamanya. Cikgu Harun terpaksa ke rumah Ahmad untuk mengetahui
sebab Ahmad tidak datang ke sekolah. Setelah menunggu beberapa ketika Ahmad
pulang dari kebun dan masih memakai kasut kelopak jantung yang diberikan oleh
Cikgu Harun. Kepatuhan muridnya ini dan ketidakmampuannya untuk membeli sepasang
kasut menyebabkan Cikgu Harun tidak dapat menahan kesedihan. Beliau kemudiannya
terus ke pekan untuk membelikan pakaian sekolah dan kasut untuk Ahmad. Segala
kenangan indah yang dipaparkan antara Cikgu Harun dan Ahmad sudah pun berlalu
tiga dekad lamanya. Kini, Cikgu Harun sudah pun bersara dan setiap tahun
sempena Hari Guru, beliau akan dihadiahi Ahmad dengan sepasang kasut baharu dan
berjenama bagi mengenang jasa Cikgu Harun yang mendidiknya. Ahmad kini sudah
menjawat jawatan pengurus besar di salah sebuah syarikat pengeluaran kasut
terkemuka di bandar. Peristiwa memakai kasut kelopak jantung telah menyedarkan
Ahmad betapa pentingnya kasut kepada manusia.
NILAI
Ketegasan
Nilai
ini dapat dilihat melalui sikap tegas Cikgu Harun yang memarahi Ahmad tiap-tiap
kali dia tidak memakai kasut dan tidak juga membawa pakaian sukan. Hal ini
menunjukkan bahawa Cikgu Harun seorang guru yang tegas dan bertanggungjawab
kerana dia memastikan semua anak muridnya memakai pakaian yang sesuai untuk
menjalankan aktiviti senaman di padang sekolah.
Prihatin
Keprihatin
guru dalam cerpen ini ditonjolkan melalui watak Cikgu Harun. Cikgu Harun pada
awalnya tidak mengetahui langsung mengenai permasalahan yang dihadapi oleh
pelajarnya, Ahmad sehinggalah beliau meninjau keadaan Ahmad di rumahnya setelah
hamper seminggu tidak menghadirkan diri ke sekolah. Setelah mendapat tahu Ahmad
tidak mampu membeli kasut dan pakaian sekolah, Cikgu Harun terus bergegas ke
pecan untuk membelinya khusus bagi membantu Ahmad.
Keikhlasan
Nilai
keikhlasan terselah dalam diri Ahmad. Walaupun Ahmad sudah dewasa dan
berjawatan tinggi, namun dia tetap juga mengingati jasa Cikgu Harun dengan
menghadiahinya sepasang kasut pada setiap kali menyambut Hari Guru.
Berdikari
Nilai
berdikari dapat dilihat daripada watak Ahmad yang melakukan pekerjaan sambilan
meskipun dia pada ketika itu masih lagi bergelar pelajar. Ahmad terpaksa
bekerja memetik cili di kebun sayur kerana hendak membantu keluarganya yang
serba kekurangan.
Pemaaf
Ahmad
menerima pemberian Cikgu Harun dan dia kembali ke sekolah tanpa menyimpan
sebarang dendam terhadap tindakan Cikgu Harun sebelum ini.
Tabah
Ahmad
dan ibunya tabah menghadapi kemiskinan hidup dan dia sanggup mengambil
keputusan untuk berhenti sekolah bekerja sebagai pemetik cili untuk menampung
perbelanjaan keluarganya.
Mengenang budi
Ahmad
mengirimkan sepasang kasut kepada Cikgu Harun kerana hendak membalas budi baik
Cikgu Harun terhadapnya 30 tahun yang lalu.
Baik Hati
Mengenangkan
kesusahan Ahmad dan kelurganya menghadapi liku-liku hidup, Cikgu Harun membeli
sepasang baju seragam dan kasut sekolah untuk Ahmad supaya dia dapat belajar
dengan lebih selesa.
Semangat bermasyarakat
Cikgu
Harun membantu Ahmad kerana beliau mahu Ahmad berjaya dalam pelajaran dan
keluar daripada belenggu kemiskinan.
Insaf
Cikgu
Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan dan dia tersentuh dengan keputusan
Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana tidak mampu membeli kasut sekolah.
PENGAJARAN
- Kita hendaklah berusaha dengan gigih supaya dapat mencapai kejayaan dalam hidup.
- Kita hendaklah bersikap baik hati supaya dapat meringankan kesusahan orang lain.
- Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain supaya hidup kita lebih gembira.
- Kita hendaklah membalas budi baik yang telah kita terima supaya hubungan silaturrahim berpanjangan.
- Guru-guru hendaklah berusaha mendidik anak-anak murid kerana mereka merupakan pewaris negara yang berharga.
Tukang Lama
HASAN ALI
(CERPEN TINGKATAN 1)
SINOPSIS
Pak
Talib merupakan seorang tukang rumah. Walau bagaimanapun pendapatannya semakin
berkurang sejak kepulangan Manas, seorang tukang muda lepasan Sekolah Seni
Bangunan. Mak Lamah, iaitu isteri Pak Talib sering merendah-rendahkan keupayaan
suaminya yang pandai menukang rumah orang, sedangkan rumah mereka seperti reban
ayam. Upah yang diperolehi Pak Talib daripada kerja-kerja pertukangan sangat
sedikit sehingga sukar baginya hendak menampung perbelanjaan keluarga. Orang
kampung hanya memberikan kerja yang remeh seperti membuat reban ayam dan
membuat pintu pagar kepada Pak Talib. Tambahan pula, orang sekarang tidak lagi
menyukai bentuk-bentuk rumah berkelepak dua yang dibuat olehnya. Oleh sebab
itulah, Manas mendapat kerja-kerja pertukangan yang lebih besar dan moden
memandangkan dia seorang yang muda dan dapat menyiapkan kerja-kerja tersebut
dengan lebih cepat. Namun demikian, Pak Talib tidaklah memusuhi kelebihan
Manas. Cuma leteran isterinya, Mak Lamah yang semakin panjang menyalahkan Pak
Talib atas kesempitan hidup mereka. Adakalanya, Pak Talib terpaksa berhutang
demi kelangsungan hidup mereka. Pernah juga Pak Talib menjual barang-barang
yang ada untuk membayar hutang.
Di rumah Encik Mamat, Pak Talib
disuruh membuat reban ayam. Dia mengambil masa selama empat hari untuk
menyiapkan reban ayam itu. Dia diberi upah sebanyak RM10 sedangkan dia bekerja
selama 4 hari untuk menyiapkannya. Jumlah tersebut menyebabkan dia terasa
terhina terhadap kerjaya yang dipilihnya. Dia pulang dalam keadaan kecewa dan bimbang
akan dimarahi oleh isterinya. Pak Talib dapat membayangkan sumpahan yang bakal
diterima daripada isterinya lantaran tidak dapat membeli barang-barang yang
diperlukannya disebabkan upah yang diperoleh hasil daripada pekerjaannya sangat
sedikit. Sebaik-baik sampai di rumah. Pak Talib disambut dengan suara merdu
isterinya, Sesuatu perkara yang seolah-olah tidak dapat dipercayainya. Setelah
selesai makan malam dan merebahkan badan, barulah Mak Lamah memberitahu Pak
Talib bahawa Timah, anak gadis mereka telah dirisik oleh Manas. Hati Pak Talib
berbunga keriangan.
NILAI
Berdikari
Pak
Talib menyara keluarganya melalui hasil daripada kerjanya sebagai tukang rumah.
Walaupun kadang-kala upah yang diterima oleh Pak Talib tidak setimpal dengan
penat lelah dia bertukang, tetapi dia bersyukur kerana masih dikurniakan kudrat
untuk membantu keluarganya.
Tanggungjawab
Pak
Talib memegang dua peranan dalam cerpen ini, iaitu sebagai seorang suami dan
seorang ayah. Setiap hari, Pak Talib perlu berhadapan dengan karenah isterinya
Mak Lamah yang kuat berleter. Hal ini disebabkan oleh upah diterima Pak Talib
yang terlalu sedikit.
Kasih sayang
Pak
Talib dan Mak Lamah sangat gembira apabila anak mereka telah dirisik oleh
keluarga Manas.
Kerajinan
Pak
Talib tetap rajin bekerja mencari rezeki walaupun pendapatannya semakin
berkurangan. Dia juga tidak cerewet dalam memilih pekerjaan, asalkan ada kerja
yang dapat dibuat untuk menyara keluarga.
Kesabaran
Pak
Talib begitu sabar mendengar leteran isterinya, Mak Lamah terutamanya apabila
Mak Lamah mempertikaikan pendapatannya yang semakin berkurang kerana kurang
medapat upah membina rumah.
PENGAJARAN
- Kita hendaklah bertanggungjawab menyara keluarga.
- Kita perlulah bersabar melayani karenah manusia lebih-lebih lagi insan yang rapat dengan kita.
- Kita perlulah yakin akan kebolehan diri sendiri.
- Kita perlulah berusaha unruk mencari rezeki yang halal.
- Kita perlulah bersyukur dengan apa-apa yang ada.
Trauma Embah
HARYATI ABU NASIR
(CERPEN TINGKATAN 1)
SINOPSIS
Ibu
sudah berusia tetapi dia tampak sihat, cergas dan awet muda. Ibu menjalankan
perniagaan sendiri, iaitu menjual peralatan rumah dari kampung ke kampung.
Walaupun tahap pendidikan ibu hanya setakat darjah enam, namun ibu bijak
mengurus wang dan perniagaannya. Kini, ibu mengambil alih tugas mak cik menjaga
Embah. Sebenarnya, mak cik telah lama menjaga Embah sejak datuk meninggal dunia
lapan belas tahun yang lalu lagi. Tambahan pula, mak cik baru sahaja kematian
suami secara mengejut. Dia tidak mampu menjaga Embah sendirian kerana dia ada
empat orang anak lagi yang perlu disara.
Ibu menjaga Embah dengan penuh kasih
sayang. Ibu cekal menjaga Embah meskipun Embah sudah uzur, nyanyuk, dan tidak
dapat bergerak. Datuk amat garang hingga Embah dan anak-anaknya cukup takut
kepada datuknya. Namun, Embah gigih membantu datuk mencari rezeki dan menjaga
empat orang anak tirinya dengan penuh kasih sayang. Embah menjaga mereka
seumpama anak kandung sendiri. Rafiah, ibu saudara penulis dibaling dengan
parang pendek oleh datuk apabila datuk mendapat tahu bahawa dia mengerintingkan
rambutnya. Parang itu mengenai hujung tumit kaki kirinya.
Suatu hari, Embah meracau-racau
dengan suara yang tersekat-sekat. Ibu penulis sedar bahawa Embah sedang
berhadapan dengan trauma. Daripada kakak tirinya, barulah ibu penulis tahu
bahawa Embah pernah kehilangan dua orang anak lelakinya dalam tempoh seminggu.
Embah kian tertekan kerana datuk melarang Embah meratapi kematian mereka. Embah
semakin cengkung. Tubuh Embah tinggal tulang dan kulit. Ibu cekal menjaga Embah
dengan penuh kasih sayang meskipun ibu terpaksa melupakan perniagaannya.
Mujurlah abah sangat memahami dan banyak memberikan sokongan moral kepada ibu.
Kecekalan ibu menjaga Embah menimbulkan keinsafan dan kematangan kepada
penulis. Oleh yang demikian, penulis bertekad untuk menjadi insan sebaik
ibunya.
NILAI
Bertanggungjawab
Ibu
dan mak cik menjaga embah setelah datuk meninggal dunia.
Pengorbanan
Ibu
sanggup berhenti berniaga demi menjaga embah.
Taat
Embah
sangat taat dan takut akan datuk.
PENGAJARAN
- Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang sesama anggota keluarga.
- Kita hendaklah menghargai pengorbanan ibu bapa.
- Kita hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua.
- Kita seharusnya mengutamakan pendidikan supaya terjamin masa depan.
- Kita juga perlu menjadikan pengalaman sebagai panduan hidup.
SOALAN
CERPEN TUKANG LAMA
1.
Yang berikut ialah ciri-ciri tukang baharu pada
pandangan tukang lama, kecuali
A.
Tukang baharu melakukan kerja secara
tradisional.
B.
Tukang baharu mempunyai peralatan pertukangan
yang banyak.
C.
Tukang baharu membuat kerja dengan konsep pasang
siap bagi mempercepatkan kerja.
D.
Tukang baharu menyediakan peralatan rumah
terlebih dahulu sebelum memulakan kerja.
“Aku tukang lama, yang patut mengisi muzium
saja.”
2.
Mengapakah Pak Talib menggambarkan dirinya
seperti dalam dialog di atas?
A.
Pak Talib membina rumah mengikut bentuk yang
diminatinya.
B.
Bentuk rumah yang dibina oleh Pak Talib telah
ketinggalan zaman.
C.
Rumah-rumah yang dibina oleh Pak Talib sesuai
dipamerkan di muzium sahaja.
D.
Peralatan pertukangan yang dimiliki oleh Pak
Talib merupakan peralatan lama.
3.
Nilai yang terdapat dalam cerpen ‘Tukang Lama’
ialah
A.
Bersyukur.
B.
Hemah tinggi.
C.
Kasih sayang.
D.
Dedikasi.
“Bukan senang, Mah,
untuk mengubah fesyen yang baru. Awak pun tau aku jadi tukang dahulu bukanlah
belajar di sekolah, hanya ikut tukang tua.”
4.
Apakah mesej yang terdapat dalam petikan di
atas?
A.
Ilmu mestilah dipelajari mengikut perkembangan
semasa.
B.
Keperluan manusia berubah dari semasa ke semasa.
C.
Sesuatu perubahan mengambil masa yang panjang.
D.
Orang muda perlu mentaati kata-kata orang tua.
5.
Apakah kesudahan cerpen ‘Tukang Lama’?
A.
Manas merisik Timah untuk menjadi isterinya.
B.
Mak Limah menjodohkan anak gadisnya, Timah
dengan Manas.
C.
Pak Talib tidak dileteri oleh Mak Limah lagi
apabila balik ke rumah.
D. Pak Talib kecewa kerana menerima upah sebanyak sepuluh ringgit daripada Encik Mamat.
D. Pak Talib kecewa kerana menerima upah sebanyak sepuluh ringgit daripada Encik Mamat.
SOALAN
KASUT KELOPAK JANTUNG
Berdasarkan cerpen ‘Kasut Kelopak Jantung’, jawab
soalan-soalan berikut.
1.
Siapakah nama murid dalam cerpen itu?
_____________________________________________________________________ .
2.
Mengapakah murid tersebut sering dimarahi oleh
gurunya?
_____________________________________________________________________ .
3.
Mengapakah murid tersebut berkaki ayam ke
sekolah?
_____________________________________________________________________ .
4.
Apakah tindakan yang diambil oleh gurunya
terhadap kelakuan murid tersebut yang berkaki ayam ke sekolah?
_____________________________________________________________________ .
5.
Bagaimanakah perasaan murid tersebut apabila
didenda oleh gurunya?
_____________________________________________________________________ .
6.
Apakah tindakan yang diambil oleh murid tersebut
setelah didenda oleh gurunya?
_____________________________________________________________________ .
7. Apakah reaksi guru apabila murid tersebut
bertindak demikian?