Ayuh kita nyanyikan lagu ini beramai-ramai !!!!!
Melalui lagu yang bertajuk “Kurik Kundi” tersebut, apakah nilai yang terkandung dalam lagu tersebut?
Jumaat, 28 Mac 2014
Isnin, 24 Mac 2014
GENRE : CERPEN
Genre/bidang cerpen dalam kesusasteraan
Melayu termasuk dalam kategori cereka, merupakan satu bidang yang popular.
Terdapat lima genre/bidang dalam kesusasteraan Melayu moden iaitu cerpen,
drama, esei/kritik, novel dan puisi.
Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta di
campur dengan imaginasi. Manakala sastera pula payah diberikan definisi yang
universal, justeru sastera bukan sesuatu yang dijumpai tetapi sebuah nama yang
diberikan kepada sesebuah karya tertentu dalam lingkungan budaya tertentu.
Bagaimanapun dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Di dalamnya ada bahan yang indah, bahasa yang indah dan teknik penceritaan yang indah. Yang indah dalam kesusasteraan juga bukan hanya yang cantik di mata tetapi mempunyai nilai estatika.
Dengan ini cerpen ialah satu gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman (realiti/benar berlaku) dengan rekaan (imaginasi) pengarang. Panjangnya cerpen ialah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan. Oleh sebab makna dari segi istilah cerpen itu ialah cerita pendek maka ada yang menyebutkan panjang cerpen ialah sehabis meminum secawan kopi atau sehabis menghisap sebatang rokok.
Sumber : http://www.dbp.gov.my/
Langgan:
Catatan (Atom)