Harga Sebuah Lukisan
(KOMSAS TINGKATAN 3)
Pengarang
cerpen: Baharuddin A. Manan
Sumber
rujukan: Antologi Harga Sebuah Lukisan (muka surat 79-89)
Sinopsis
Kamal Hijaz memasuki pertandingan
melukis bersama rakan sekelas, Maryati. Pada hari pertandingan, Maryati membuat
helah menyebabkan Kamal meninggalkan beg dan peralatan melukis untuk membasuh
bekas makanan di kantin. Kesempatan itu digunakan oleh Maryati untuk menukar
kertas lukisan Kamal menjadi kertas lukisan berlilin. Akibatnya, hasrat Kamal
untuk melukis pemandangan tidak berjaya. Setelah setengah jam, Kamal meminta
bantuan pengawas pertandingan untuk menukar kertas lukisan. Kamal menukar tajuk
lukisan kepada pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat. Walaupun
dikhianati dan kesuntukan masa, Kamal berjaya juga menyudahkan lukisan
berkenaan dengan sempurna. Kamal tetap memperoleh gelaran juara, manakal
Maryati di tempat kedua. Semasa perhimpunan, Kamal diberi kesempatan untuk
membaca sajak yang menjadi justifikasi lukisannya. Maryati berasa dia disindir,
walhal Kamal tidak tahu apa-apa. Maryati berjumpa Kamal untuk memohon maaf, dan
Kamal dengan hati yang terbuka memaafkan Maryati tanpa syarat.
Nilai
1)
Kebijaksanaan
Kebijaksanaan
dalam menghadapi cabaran contohnya dalam
cerpen tersebut Kamal Hijaz tidak buntu apabila lukisan awal tidak menjadi. Dia
tetap berfikir dengan tenang dan bijak mengawal emosi. Di sini kita dapat
melihat bahawa, untuk menjadi seorang pelajar yang berdaya saing, kebijaksanaan
haruslah digunakan dengan sebaik mungkin.
2)
Kecekapan
Kecekapan dalam pekerjaan contohnya
Kamal Hijaz dapat menyiapkan lukisan dalam baki masa yang terhad. Dia
memanfaat masa yang ada dengan betul-betul. Di sini kita dapat lihat bahawa
kecekapan dalam melakukan sesuatu perkara sangat penting kerana sebagai seorang
pelajar kita haruslah cekap melaksanakan sesuatu pekerjaan itu dengan baik.
3)
Kemaafan
Kemaafan terhadap perbuatan
buruk contohnya dalam cerpen ini Kamal
Hijaz memaafkan tindakan sabotaj Maryati terhadapnya. Dia tetap memaafkan meskipun
dia di sabotaj oleh Maryanti. Ini menunjukkan bahawa, kita sebagai pelajar
haruslah mempunyai sifat maaf dalam diri sendiri supaya kita dapat menjadi
insane yang pemaaf dan sentiasa disukai oleh semua orang.
Soalan:
1.
Apakah yang
dilakukan oleh Maryanti terhadap Kamal Hijaz?
2.
Apakah tindakan
yang dilakukan oleh Kamal Hijaz setelah dia tidak berjaya melukis pemandangan
di atas lukisannya?
3.
Nyatakan
nilai-nilai murni yang terkandung dalam cerpen ini.
4. Berikan tiga pengajaran yang dapat diperolehi melalui cerpen
tersebut?
Mencari Nafas Baru
(KOMSAS TINGKATAN 3)
Pengarang cerpen: Ayusari MJ
Sumber rujukan: Antologi Harga Remaja ( muka surat 102-106)
Sinopsis
Walaupun kenangan bersama Milah dan
Kampung Chat masih melekat dalam fikiran Cikgu Ana, dia tidak mahu kenangan itu
menyebabkan perasaannya menjadi lemah. Maka, dia mengambil keputusan memohon
bertukar ke kampung halamannya dan telah diluluskan. Walaupun telah
meninggalkan Kampung Chat, kenangan Ana masih di sana dan dia berharap agar tugasnya
diteruskan oleh guru yang lain pula.
Ana sudah jatuh hati dengan Kampung
Chat sejak melaksanakan penyelidikan sastera rakyat, dan hasrat untuk bertugas
di situ termakbul. Ana ialah guru tingkatan Milah. Walaupun agak pendiam, Milah
memiliki daya tarikan tersendiri sebagai murid yang lincah. Setiap hujung
minggu, Cikgu Ana akan ke rumah Milah menaiki bot bersama Milah. Cikgu Ana
bahagia dapat membantu ibu Milah berniaga runcit. Cikgu Ana membantu murid
tidak kira masa dan mengalu-alukan murid belajar di rumah guru yang dihuninya.
Pencapaian akademik dan kokurikulum SMK Kampung Chat mula menunjukkan
peningkatan.
Apabila 3 hari berturut-turut Milah
tidak hadir ke sekolah, Cikgu Ana segera menumpang bot untuk menjenguk Milah
yang dikatakan demam. Milah pucat lesi, lesu dan gusinya sering berdarah,
manakal lengannya lebam. Rawatan kampung tidak berkesan, lalu ayah Milah
bersetuju ke hospital. Dr. Izah mengesahkan Milah menghidap leukimia. Pelbagai
ujian dan suntikan dilakukan bagi memastikan tahap penyakit, terutama jika
melarat ke sistem urat saraf dan otak. Cikgu Ana tahu bahawa ayah Milah
menderita walaupun pada zahirnya nampak tenang, manakala ibu Milah harus berada
di rumah.
Rawatan kemoterapi selama 6 minggu
gagal memulihkan Milah. Pilihan yang ada bagi menyelamatkan Milah daripada
serangan barah darah itu ialah pemindahan tulang sum-sum. Kebetulan tulang
sum-sum Cikgu Anan sesuai, tetapi takdir menentukan bahawa hal itu tidak sempat
dilakukan. Walaupun terkilan,Cikgu Ana tetap pasrah (berserah / reda) dengan
ketentuan Ilahi yang sudah pasti ada hikmah (blessing in disguise) di
sebaliknya. Ana meninggalkan Kampung Chat dengan sayu dengan diiringi oleh
laungan azan oleh tuan imam.
Nilai
1)
Kegigihan / kecekalan
Cikgu Ana sentiasa cekal dan gigih
dalam mengajar anak-anak didiknya dan member ilmu yang berguna. Walaupun
pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh Cikgu Ana, dia tetap gigih
melaksanakan tugasnya dengan baik. Ini menunjukkan bahawa sebagai guru kita
haruslah memberi contoh teladan yang baik kepada para pelajar supaya dapat
member semangat kepada mereka dalam menjadi pelajar yang baik.
2)
Kemesraan
Kemesraan antara guru dan pelajar
dapat dilihat antara Cikgu Ana dan Milah. Mereka begitu mesra antara satu sama
lain dan hubungan ini berjalan dengan baik. Cikgu Ana memberi dorongan kepada
Milah dalam pelajaran. Ini menunjukkan bahawa kemesraan antara pelajar dan guru
sangat penting supaya kita dapat mengetahui masalah pelajar kita dengan menjaga
hak masing-masing.
3)
Kepekaan
Dalam hidup bermasyarakat kita
haruslah peka terhadap antara satu sama lain. Kita sebagai guru haruslah
prihatin terhadap anak murid kita iaitu dengan mengambil berat masalah mereka
contohnya Cikgu Ana yang begitu peka
dengan keadaan Milah. Oleh itu, sebagai seorang guru kita haruslah sentiasa
prihatin dengan keadaan sekeliling supaya masalah pelajar dapat diselesaikan
dengan baik.
4)
Kepasrahan
Pasrah terhadap sesuatu perkara dan
menerimanya dengan tabah adalah sangat penting dalam menjalani kehidupan
seharian kita. Apa yang terjadi ada hikmahnya contohnya Cikgu Ana yang menerima
kehendak Qadak dan Qadar atas pemergian Milah. Ini dapat dijadikan sebagai
pengajaran kepada kita dan pelajar supaya menerima sesuatu perkara itu dengan
ikhlas.
Soalan
1)
Apakah penyakit
yang dialami oleh Milah?
2)
Mengapakah Cikgu
Ana bertukar sekolah?
3)
Apakah yang terjadi
pada Milah pada akhirnya?
4)
Nyatakan beberapa
nilai murni yang terkandung dalam cerpen ini.
5)
Berikan dua
pengajaran melalui cerpen ini.