SELAMAT DATANG KE BLOG KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN,KUMPULAN MATAHARI
Cerpen Maaf Kupinta

DANIEL FITRI
CERPEN TINGKATAN 2

SINOPSIS

Fauzi seorang anak yang kematian ayah tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayah tirinya. Ayah tirinya sangat mengongkong kehidupannya. Ayahnya hanya membenarkan Fauzi menonton televisyen untuk rancangan berita ataupun hal ehwal semasa. Ayah tirinya juga tidak mengizinkan Fauzi pulang ke rumah terlalu lewat malam dan sering mengambil tahu dengan siapa Fauzi berkawan.
Satu peristiwa telah menimpa hidup Fauzi. Kepala Fauzi berbenjol kerana terjatuh dan terhantuk pada tiang. Fauzi lari menaiki basikal ke rumah neneknya. Dia benci dan marah kepada ayah tirinya. Setelah lama tinggal di rumah neneknya, ayah dan ibunya berbincang untuk menghantar Fauzi ke asrama. Cikgu Zainuddin, Kaunselor sekolah telah membantu bagi membolehkan Fauzi tinggal di asrama.
Semasa di asrama Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya sering membawa buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang saku untuk kegunaan di asrama. Semasa di asrama Fauzi telah sedar daripada kesilapannya dan berubah sikap. Hal ini demikian kerana dia sentiasa dinasihati oleh rakan karibnya Syahir dan juga ustaznya.
Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti hujung tahun, Fauzi tidak sabar untuk pulang ke kampung menemui keluarganya. Selepas makan malam di kampung, Fauzi mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada ayah tirinya atas segala kesalahan dan salah faham terhadap ayah tirinya. Ibunya berasa bangga dengan perubahan sikap Fauzi.


NILAI

Berdikari
Fauzi mula berdikari ketika tinggal di asrama A.

Kerajinan
Ayah tiri fauzi rajin ke sawah da ke laut untuk mencari rezeki bagi keluarganya. Ayahnya juga rajin melawat Fauzi di asrama.

Kasih sayang
Ayah tiri Fauzi sangat sayang kepadanya dan sanggup menghulurkan wang saku setiap kali melabwat Fauzi walaupun pada mulanya bapa tirinya agak tegas.

Hormat-menghormati
Fauzi sangat menghormati bapa tirinya.

Kesyukuran
Fauzi bersyukur kerana dia telah sedar daripada kesilapannya yang selama ini bersikap buruk sangka terhadap ayah tirinya.

Sebagai seorang pelajar, kita hendaklah berdikari dalam menguruskan aktiviti persekolahan kita seperti, membasuh kasut sekolah pada hujung minggu, mengemas peralatan dan buku sekolah serta menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru tepat pada masanya. Oleh itu, kita hendaklah menjadi seorang yang mampu berdikari. Hal ini demikian kerana, tidak selamanya kita akan bergantung dengan pertolongan orang lain. Seperti yang ditonjolkan oleh Fauzi, sebaik sahaja dia masuk ke asrama, dia telah belajar berdikari dan belajar menghargai segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah diberikan oleh ibu dan bapanya.


LATIHAN:
1.      Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan di bawah?
“Ayah….. maafkan Fauzi. Selama ini Fauzi salah anggap terhadap ayah.” Kata Fauzi perlahan.

2.      Senaraikan tiga nilai yang terdapat dalam cerpen “Maaf kupinta” dan huraikan.

 JAWAPAN:
1.      Kita haruslah memohon maaf setelah melakukan kesalahan.

2.      
Kasih sayang-
Ayah tiri Fauzi sangat sayang kepadanya dan sanggup menghulurkan wang saku setiap kali melabwat Fauzi walaupun pada mulanya bapa tirinya agak tegas.

Kesyukuran-
Fauzi bersyukur kerana dia telah sedar daripada kesilapannya yang selama ini bersikap buruk sangka terhadap ayah tirinya.

Hormat menghormati-
Fauzi sangat menghormati bapa tirinya.







Anak Penggunting Rambut

NOR HIDAYAH ASARI
CERPEN TINGKATAN 2

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan seorang ayah, Mat Gunting yang terpaksa memikul beban memikul beban membesarkan anak perempuan bernama Manisah (nama timang-timangan Manis) setelah kematian isterinya. Mereka tinggal di kampung Batu 25, Bagan Dato, Perak. Pak Mat sering memanjakan Manis dengan memberikannya wang saku sekolah mengikut keperluan  serta menyediakan pelbagai keperluan untuknya. Rambut Manis dipotong pendek seakan rambut kanak-kanak lelaki. Hal itu menyebabakan Manis selalu menjadi bahan ejekkan rakan-rakan sekolahnya sehingga ditertawakan hingga dia memasuki sekolah menengah. Bagaimanapun, Manis tidak pernah ambil kisah dan sentiasa menyanjung tinggi pekerjaan ayahnya. Bagi Pak Mat, tujuannya berbuat demikian kerana Manis sering pening kepala dan pitam.  Bagaimanapun, ketika dia melanjutkan pelajarannya di Kuala Lumpur. Manis jatuh sakit dan disahkan menghidap leukemia. Rambutnya gugur hingga hampir botak. Dia meninggal di pangkuan ayahnya.


NILAI
Keberanian
Manisah berani berambut pendek walaupun telah dipanggil dan ditegur oleh guru.

Berdikari
Pak Mat berdikari dalam membesar dan mendidik Manisah setelah kematian isterinya.

Semangat Bermasyarakat
Pak Mat sanggup meneruskan kerja menggunting rambut kepada peneroka dan anak peneroka walaupun bayarnya rendah.

Kerajinan
Pak Mat rajin bekerja di ladang dan juga sebagai tukang gunting rambut pada sebelah petangnya. Manisah juga rajin membantu bapanya membersihkan tempat menggunting rambut.


Perwatakan yang ditonjolkan oleh Manisah patut dijadikan contoh tauladan oleh setiap pelajar. Hal ini demikian kerana, Manisah menonjolkan ciri-ciri seorang anak dan pelajar yang baik. Manisah tidak pernah memandang serong akan pekerjaan ayahnya walaupun talah beberapa kali diejek oleh rakan sekolahnya. Manisah sedar akan kesungguhan dan kesusahan ayahnya mencari reki dan membesarkannya setelah ketiadaan ibunya. Dia sentiasa menghulurkan bantuan untuk meringankan kerja ayahnya. Oleh itu, dengan semangat yang kental Manisah belajar bersungguh-sungguh sehingga mampu menjejakkan kaki ke universiti.


LATIHAN:

1.      Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan dibawah?
“bagaimanapun, ajal dan maut kuasa Allah. Allah lebih sayangkan Manis. Subuh itu manis menghembuskan nafasnya yang terakhir di ribaku.”

2.      Nyatakan 3 perwatakan abah dalam petikan di bawah?
“Abah saya tukang gunting rambut. Masa muda, orang kampung panggil abah Mat Gunting. Abah saya cukup terkenal di kampung Batu 25, Bagan Dato.”


JAWAPAN:
1.      Kita haruslah menerima takdir illahi.

2.      Tukang gunting rambut, nama gelaran Mat Gunting, pernah tinggal di Kampong Batu 25, bagan Dato dan terkenal di kampung tersebut.