Cerpen Hutan Rimba
Penulis
cerpen Sasjira
Sinopsis
Harapannya agar kawasan hutan
kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya
dengan kerjaya masing-masing. Atas nasihat anak-anaknya Pak Tua dapat dipujuk
agar redha dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan
pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi
bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya.
Aktiviti pengukuhan.
1. Pelajar diminta
menyenaraikan nilai dan pengajaran beserta contoh Cerpen Hutan Rimba.
2. Pelajar perlu menghuraikan
bagaimana nilai dan pengajaran yang disenaraikan dapat digunakan dalam
kehidupan seharian mereka.
Cerpen Idola
Zain
Kasturi
Sinopsis
Kehidupan si penjaga panggung
yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya.
Pendiriannya bercanggah dengan
pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka
yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang
mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan
realiti hidup.
Hal ini menyedarkan si penjaga
panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia
perlu melakukan perubahan diri.
Aktiviti pengukuhan.
1. Pelajar diminta
menyenaraikan nilai dan pengajaran beserta contoh yang terdapat dalam Cerpen
Idola.
2. Pelajar perlu menghuraikan
bagaimana nilai dan pengajaran yang disenaraikan dapat digunakan dalam
kehidupan seharian mereka.
3. Pelajar perlu lakonkan watak
yang mempunyai nilai dan pengajaran melalui cerpen Idola.