.... ASSALAMUALAIKUM ....
Cerpen Ibu dan Ceper
(Komsas Tingkatan 4)
Pengarang
cerpen: Shahnon Ahmad
Sumber rujukan:
Antologi Harga Remaja
Sinopsis
Ceper
ialah sebatang sungai yang menjadi sumber air bagi penduduk kampung dan
pedalaman. Penulis (Shahnon Ahmad cuba membandingkan Sungai Ceper dengan ibu
yang gigih bekerja di sawah, sementara suaminya (bapa penulis) asyik dengan
burung ketitir.
Kisah Ibu dan Ceper ini adalah berkaitan dengan ibu tua yang
disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah
sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan
berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti
bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada
sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas.
Pada suatu hari, Sungai
Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah
menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi
gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim
kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah
kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini
ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu
masih muda.
Kini, ibu dan ayah
tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula
berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu
sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita
dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila
burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu.
Ceper kini berbau busuk
kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama
sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri
telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati
dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah
tiada di dunia ini.
Nilai
1.
Nilai bertanggungjawab.
Sikap bertanggungjawab
sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan
sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya.
- Sebagai seorang
pelajar, kita hendaklah sentiasa bertanggungjawab dalam keluarga, masyarakat mahupun juga negara untuk bagi menyumbang sedikit kebaikan kepada orang-orang di sekeliling kita disamping nilai bertanggungjawab ini dapat memberi manfaat kepada diri sendiri.
2.
Nilai kegigihan.
Walaupun terpaksa
menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga.
- Kegigihan yang
ditunjukkan oleh ibu ini wajar diikuti oleh kita sebagai seorang pelajar dalam
mengharungi kehidupan seharian. Sebagai seorang pelajar, kita hendaklah sentiasa mengamalkan nilai kegigihan ini, sebagai contoh, gigih berusaha atau gigih dalam pelajaran agar masa depan lebih cerah.
3.
Nilai kesabaran.
Ibu terpaksa bersabar
melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan
keluarga.
- Sebagai seorang ibu,
nilai kesabaran yang ditunjukkan amat memberi kesan kepada institusi
kekeluargaan. Nilai kesabaran ini wajar diikuti oleh setiap golongan manusia
demi mencapai modal insan yang berguna. Nilai sabar amat dituntut oleh setiap
manusia untuk menunjukkan bahawa kita merupakan seorang yang boleh bertahan
walaupun dilanda pelbagai masalah dan ujian. Sebagai seorang pelajar pula, kita hendaklah mengamalkan nilai kesabaran dalam diri demi menempuh cabaran dalam dunia yang semakin maju dan ilmu dalam pendidikan yang semakin lama semakin bertambah.
Soalan
1.
Anda diminta menyenaraikan 3 nilai beserta contoh
yang terdapat dalam Cerpen Ibu dan Ceper.
2.
Anda perlu menghuraikan bagaimana nilai kegigihan dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian
mereka.
3.
Anda perlu memberi 3 pengajaran yang boleh
diperlajari dalam cerpen Ibu dan Ceper.
AKTIVITI SAMPINGAN
Aktiviti Sampingan Disediakan oleh : Nurul Syazwana Binti Zalkapli
Pengarang
cerpen: Zahari Affandi
Sumber rujukan:
Antologi Harga Remaja
Sinopsis
Pak
Itam digambarkan seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali
keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat
untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85. Beliau turut
bercadang untuk menjemput wartawan, mahasiswa universiti serta para penduduk
Langat ke majlis berkenan bagi berkongsi kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam
membaca majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan paparan Siti Nurhidayah
yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali
terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman.
Tuk
Mat merupakan orang yang banyak membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan
untuk majlis itu dan turut dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa,
Latif dan Jali. Pada hari yng ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu
menyambut tetamu. Orang kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut,
namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah
mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul.Pak
Itam merasakan segala pengorbanannya selama ini telah dilupakan.
Apabila
tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat. Kaih yang cemas cuba
memberitahu perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak
Itam yang terbaring di sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu
yang hadir membacakan surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang
seorang perempuan tua mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang
ramai tercengang memikirkan identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air
matanya dan menganggap hajat Pak Itam untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah
telah tercapai.
Nilai
1.
Nilai pengorbanan.
Pak Itam sanggup
menolak jawatan sebagai majistret demi cinta akan bangsa dan negara.
- Nilai pengorbanan
yang ditunjukkan oleh Pak Itam demi cinta akan bangsa dan Negara amat jelas
sekali. Pengorbanan ini jelas menunjukkan bahawa kita hendaklah sentiasa
berkorban untuk menegakkan keadilan dan juga untuk tidak menjatuhkan maruah
agama, bangsa, dan Negara.
2.
Nilai cinta akan negara.
Pak Itam berjuang untuk
membebaskan anak bangsanya daripada dibelenggu kemiskinan dan mahu melihat anak
bangsanya mendapat pendidikan tinggi.
- Semangat cinta akan Negara
yang ditunjukkan oleh Pak Itam wajar diikuti oleh masyarakat kini. Hal ini
demikian kerana, tanpa perasaan cinta akan Negara, sudah tentu kita pada hari
ini tidak akan merasakan kesenangan merdeka di tanah tumpahnya darah kita.
3.
Nilai bekerjasama.
Semua penduduk kampung
tidak kira muda atau tua berganding bahu menjayakan persiapan majlis sambutan
hari jadi Pak Itam.
- Sikap bekerjasama
yang ditonjolkan oleh orang kampong wajar kita ikuti kerana sikap bekerjasama
ini akan menyebabkan segala pekerjaan akan menjadi ringan dan mudah. Sekiranya kita
tidak saling membantu dan berat tulang, kita akan dipandang serong dan
pekerjaan yang kita akan lakukan sudah pastinya akan menjadi lebih berat.
Soalan
1. Siapakah yang
membantu Pak Itam menguruskan persiapan majlis sambutan hari jadinya?
2. Nyatakan 2 tujuan
Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadinya?